Sabtu, 28 April 2018

Kenapa MB Negeri Sembilan menang tanpa bertanding?

Lawan tetap lawan. Lawan tapi kalau tak pakai otak dan strategi yang betul buat penyokong sakit kepala. Kenapa benda remeh macam ni tak ambil berat?

Belum apa-apa BN dah menang 1 kerusi di N9. Sakit hati betul. Mana pas kebenaran kamu wahai S Streram? Hilang? Tertinggal? Kamu kena beri penjelasan!!

Barisan Nasional mendapat kelebihan awal satu kerusi  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.

Kemenangan itu diisytiharkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau.

Ini berikutan calon yang dinamakan PKR, S Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Selain Streram, kedua-dua penyokong dan pencadangnya juga tidak dapat memasuki perkarangan dewan itu kerana tidak mempunyai pas perakuan daripada SPR. 

Pengumuman itu menyaksikan Mohamad, yang juga pengerusi BN negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU14, 9 Mei ini, buat penggal keempat sejak 2004.

Pada PRU13 lepas, Mohamad yang juga penyandang kerusi itu menang dengan majoriti 4,613 undi menewaskan Aisah Lamsah daripada PKR.

Terdahulu, suasana agak tegang apabila Streram dan penyokongnya membantah sekatan polis yang tidak membenarkan beliau memasuki pusat penamaan calon di sini, meskipun telah hadir seawal pukul 8 pagi.

- Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

setiap gaji ekau sebagai adun dn klu jd mb semula adalah haram.. setiap yg haram akan buruk jg akibatnya. setiap yg haram akn mnjadi racun dlm badan ekau. tunggu ajo la nnti.

Tanpa Nama berkata...

Calon PKR, Dr S Streram yang tidak dapat menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi DUN Rantau mempertikaikan dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun bahawa polis tidak menghalang beliau daripada memasuki pusat penamaan calon di Rembau.

"Dia bohong, polis tahan saya, dan mereka kata akan gari tangan saya. Terdapat kira-kira 20 pegawai polis, mereka menahan dada saya," katanya pada sidang media di Seremban.

Streram tidak dibenarkan masuk ke pejabat daerah Rembau atas alasan beliau tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rakaman video menunjukkan Streram cuba masuk ke pusat penamaan calon tersebut sementara polis membentuk barisan untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.

Fuzi berkata polis hanya bertindak atas permintaan pegawai pilihan raya yang meminta bantuan mereka.

Streram menafikan beliau terlupa membawa pasnya, sebaliknya menyatakan pas berkenaan tidak dikeluarkan kepadanya.

Pakar bius berusia 62 tahun itu berkata beliau membayar wang deposit pada Rabu lalu dan mendapat borang pencalonan, namun tidak dimaklumkan mengenai keperluan untuk mendapatkan pas berkenaan.

Streram berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu semalam dan telah bergegas ke Pejabat Daerah Rembau untuk mendapatkan pas tersebut sebelum mendapati pejabat itu telah ditutup.

Katanya, seorang pegawai pilihan raya memberitahunya bahawa beliau boleh mengambil pas di pusat penamaan pada hari penamaan calon.

"Jadi pukul 8 pagi, saya tiba di pusat penamaan calon (untuk mengambil pas saya) ... tetapi mereka kata saya tidak dibenarkan untuk memasuki pusat penamaan walaupun telah mengisi borang pencalonan," katanya.

Streram berkata beliau kemudian cuba meminta individu lain untuk mengemukakan borang pencalonan bagi pihaknya, tetapi mereka juga disekat oleh pihak polis atas alasan tidak mempunyai pas.

Beliau berkata semasa rundingan itu, seorang pegawai pilihan raya keluar dari pusat penamaan calon dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu tetapi tiada apa yang berlaku.

Ketika masa bagi proses pencalonan hampir tamat, Streram berkata beliau dan penyokongnya cuba mengabaikan pihak polis bagi memasuki pusat pencalonan tetapi ditahan oleh pihak berkuasa itu.

Pukimak SPR.

Tanpa Nama berkata...

mungkin dah dapat dedak, hanya lakonan untuk menangkan BN atau kalau betul kira bernasib baik juga kerana tak tertinggal telor 2 bijik

Tanpa Nama berkata...

Krn dia takut bertanding. Bertanding akan kalah. Jd guna kroni dia yg kebetulan jd RO. Melayu korup lagi pengecut!

Master Jaguh berkata...

Di Saat PRU 14, Rahsia Besar Najib Akhirnya Terbongkar !!
>>> KLIK HERE !! <<<