Rabu, 2 Mac 2016

Kenapa Mat Sabu dan kumpulannya digelar munafik dan pengkhianat oleh PAS, ini jawapannya!

1. Sh Said Hawa, menantu menantu imam hassan al banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10. Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

*13. Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ. Apa sudah jadi?

Soalan :

a. Mengapa hukum boleh berubah2 mengikut zaman, dimana logiknya?.

b. Adakah hukum dibuat mengikut selera politik sempit kepartian?.

c. Adakah hukum dibuat untuk mempertahankan sesebuah organisasi atau menguntungkan tokoh2 tertentu sahaja atau untuk menjaga airmuka.

d. Adakah sesuatu hukuman yang hendak dijatuhkan berdasarkan suara jamaie dan melalui mesyurat secara syarie.

e. Adakah hukuman dibuat oleh tokoh2 tertentu sahaja dengan membelakangkan ahli2?

f. Sebelum berhukum mengapa tidak merujuk sejarah untuk mendapatkan panduan dan ikhtibar daripadanya?.

g. Atau hukuman dibuat untuk syok sendiri dan sememangnya dirancang untuk menimbulkan kekecuhan?

Ahli2 bawahan menjadi kalut, huru hara dan dalam keadaan paradok kerana terdapat dua hukuman yang berbeza. Hakikatnya telah mewujudkan konflik dan krisis berpanjangan yang tidak menguntungkan mana2 pihak.

Rakan seperjuangan berdekad yang pernah tidur sebantal semarkaz bermasam muka. Pentas2 dakwah, surau, masjid dan markaz digunakan sebagai tempat menghamburkan kata2 kesat dan tempat melepaskan kemarahan serta tempat "menembak rakan2" seperjuangan dahulu. sumber facebook.

Bagi Hadi, Najib dan ahli orang UMNO tidak perlu dimusuhi. Pulak dah ... alasan untuk kesejahteraan Islam. AMANAH tu parti kafir? Munafik ...?

baca juga Hadi memang sudah "ngam" dengan Najib dan tidak akan hadir untuk perhimpunan Anti Najib!
Hadi kenapa jadi begini?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Ali berkata...

Pas tak blh pakai langsung. Dulu kini dan selama nya.

Tanpa Nama berkata...



Ulama2 pas dulu tidak setaraf ulma dunia yang dimiliki tuang predeng skrg. Saya pernah mengikuti ceramah seorang ust. Katanya Nabi muhamat s.a.w tak pernah menuduh Adullah bin Ubai munafik. Malahan beliau memarahai sahabat yang menuduh Adullah munafik. Kerana yang menentukannya seorang itu munafik hanya Allah sw

otaiblues.blogspot berkata...

dahulu pas berpoitik untuk berkuasa untuk menegakkan islam dan hudud..
pas sekarang di bawah hadi berpolitik bukan untuk berkuasa.tp untuk suka suka..

Tanpa Nama berkata...

Andaikata benar sekalipun Rasulullah tidak pernah menuduh Abdullah bin Ubai munafik, NAMUN saya tetap nak kata Hj Hadi Al Marangi MUNAFIK BESAR atas sebab, dulu dia berfatwa, penyokong UMNO jatuh kafir sebab mengamalkan politik suku agama suku. Tapi sekarang ni pulak, dia sendiri yang mahu berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang diketahui seluruh dunia terlibat dengan perbuatan rasuah serta zalim terhadap rakyat. Itu kalau bukan munafik sudah tentu GILA!

Tanpa Nama berkata...

Sebab utama ialah nafsu amarah jatuh setandan.
sebab kedua ialah hilang punca gerakan dan rujukan kerja yakni jahil amal politik.

paparock berkata...

Dah selidik ke yang keluar tu sebab apa? Yang sekarang ni keluar sebab apa? Yang cakap kata pro tu keluar dengan memikul baiah di pundaknya. Baiah tu spesies apa? Jenis yang boleh dibuat main2 ke? Memang la Rasulullah larang digelar Abdullah bin Ubai tu munafik...itu zaman Nabi saw ada dan pemerintahan ketika itu Islam. Sekarang ni zaman celaru...kena perjelaskan satu persatu sifat munafik tu macam mana. Tujuannya supaya org awam tahu dan kenal. Seperkara lagi supaya sipelaku tu sendiri sedar dan insaf yang perbuatannya melanggar baiah tu salah yang amat besar. Tentang PAS berbaik-baik dengan UMNO, itu memang satu kewajipan...berbaik2 untuk tujuan dakwah bukannya berbaik2 dan menyokong tindakan UMNO yang melanggar Islam. Dan memang betul jika diperhalusi menyokong mereka yang menentang Islam itu boleh menyebabkan murtad. Antaranya menyokong mereka yang secara terangan menentang perlaksanaan hudud. Termasuk menyatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan kerana masyarakat majmuk atau atas alasan ekonomi. Jika masalah ekonomi, pewartaan hukum perlu diteruskan akan tetapi perlaksanaan hukum boleh ditangguhkan. Hanya mereka yang berasa besar diri, angkuh dan tidak reti menghormati ulama sahaja yang berasa diri mereka lebih baik dan tidak perlu menyertai pergerakan Islam. Selalunya catatan yang tak ikut selera bos, tak disiarkan...takpe..janji aku dah jawab.

Tanpa Nama berkata...

ye hukum dlm pas memang berubah mengikut zaman

dulu zaman gemilang pas

sekarang zaman bangang pas

ini kerana presideng pas suruh semua org pas jd bangang

bagi melayakkan pas berkawan dgn umnu

dah kena dah.. bangang kawan dengan bengong

Najiburhadi berkata...

paparock

baiah itu bukan selamanya berkuatkuasa
baiah itu walaupun ayatnya simple tetapi maksudnya luas
baiah bukan kepada parti PAS atau pemimpin PAS
baiah ialah kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan menolak kemungkaran
baiah pas itu ialah melompat parti yg membawa kebenaran(ketika itu) dan menyertai parti yg byk kerosakan iaitu umnu.

selagi pas dipandu diatas prinsip kebenaran mengikut islam maka baiah itu berjalan. apabila pas tidak lagi dipandu atas akhlak islam, maka baiah itu gugur walaupun atas kerja pas tidak berubah.

katakanlah satu masa pas kekal atas kerja warna hijau dan perlembagaannya, tetapi ia dipandu dengan fikrah khawarij atau syiah, adakah baiah masih berkuat kuasa?

nk faham lagi sekiranya satu masa pas sudah jadi parti melayu (kerana sygkan umnu), maka apakah baiah itu masih kuatkuasa.

jawapannya baiah itu gugur bila pas sudah lari dpd landasan islam dan akhlak islam.

dh yg penting memang ada usaha meminggirkan pemimpin progresif dpd pas.



munafik ialah mereka yg masih berada dlm pas yg sgt menyokong kepimpinan pas tetapi mereka sebenarnya adalah agen umnu dan bn yg menyusup utk merosakkan pas dpd dalam.. membawa fikrah khawarij yg ganas dan membiar elemen syiah dlm diri presidennya.

adapun yg keluar dpd pas bukanlah mereka munafik kerana dgn terang menolak pas